Maahad Tarbiah Islamiah Al-Ansar [MTIAA] merupakan sebuah institusi pendidikan berteraskan Tahfiz Akademik yang meletakkan Pentarbiahan sebagai tunjang utama. MTIAA berdaftar dibawah Jabatan Agama Islam Selangor dengan Kod Sekolah BZH3004.

MAAHAD TARBIAH ISLAMIAH ALANSAR
TARBIAH | DAKWAH | THAQAFAH

4 DASAWARSA

Maahad Tarbiyyah Islamiyah Al-Ansar (MTIAA) yang dahulunya dikenali sebagai Markaz Daawah Wattarbiyah Islamiyah Al-Ansar, terletak di Batu 6 1⁄2 Kg. Asahan, Batang Berjuntai, Selangor Darul Ehsan. Ia diasaskan oleh Ustaz Zakaria Al-Ansari sejak 1978 yang juga merupakan mudir MTIAA Setelah pemergian beliau pada 30 Disember 2007 MTIAA telah disambung tadbir oleh Ustaz Rosazli Bin Md Yasin.

SEJARAH

MTIAA diasas oleh seorang ulama’ bernama Ustaz Zakaria B Ismail atau dikenali Zakaria Al Ansari. Beliau pada awalnya membuka perkampungan Al Ansar pada tahun 1978. Kemudian didirikan surau sebagai pusat ibadah khusus dan pusat aktiviti penduduk. Maka bermulalah aktiviti pendidikan yang asalnya dari pelajar terdiri dari kalangan anak-anak orang kampung. Kemudian sekitar 1980an beliau membuka peluang belajar kepada orang-ramai terutama golongan fakir miskin dan anak yatim yang tidak berpeluang mendapat pendidikan dan pentarbiyahan secara Islam di sekolah kebangsaan. Pada awal penubuhan MTIAA sesi pengajaran dibuat di dalam satu bangunan setingkat yang mana surau terletak di tingkat satu dan kelas di tingkat bawah.

Berkat usaha gigih penduduk kampung serta kemurahan hati penyumbang-penyumbang. Secara beperingkat sehingga sekarang ini MTIAA telah memiliki 3 bangunan setingkat. Walaupun ianya berada dalam keadaan uzur tetapi masih terus digunakan memandangkan pihak MTIAA tiada kewangan kukuh untuk membina bangunan lain serta ia adalah hasil dari wakaf orang ramai.

– Memartabatkan sistem pentarbiyahan dan pendidikan Islam

– Mengangkat martabat anak yatim yang tak bekemampuan serta golongan miskin khususnya dan masyarakat Islam amnya dalam melahirkan insan kamil di Malaysia melalui pentarbiyahan Islam secara holistik sebagai elemen terpenting.

 

FALSAFAH PENTARBIYAHAN MTIAA
Pentarbiyyahan MTIAA merupakan satu usaha bersepadu dan berterusan ke arah melahirkan generasi Islam yang unggul dari aspek syakhsiyyah, ilmu dan amalan yang bertunjangkan kepada ISLAM, IMAN DAN IHSAN yang menjadikan ALLAH sebagai MATLAMAT, RASULULLAH sebagai PEMIMPIN, AL-QURAN sebagai PERUNDANGAN, JIHAD sebagai JALAN dan SYAHID sebagai cita-cita yang sentiasa diimpikan.

Meningkatkan kualiti pentarbiyahan (pengajaran, pembelajaran, pendidikan dan bimbingan) serta pentadbiran bagi menjadikan MTIAA sebagai pilihan utama kepada masyarakat Muslim