KEM GENERASI KHALIFAH MTIAA 2023 TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA BERTEMPAT DI ABT TANJUNG SIAM.
Program ini merupakan satu program kepimpinan yang melibatkan pelajar-pelajar yang terpilih memegang sebahagian jawatan di maahad. Kem ini diharapkan dapat melatih pelajar untuk memimpin diri dan pelajar lain memahami pengtarbiahan maahad dan mematuhi peraturan maahad. Kem ini juga diharap dapat melatih pelajar menguruskan amanah mereka sebagai pelajar dan pemimpin.














