Maahad Tarbiah Islamiah Al-Ansar [MTIAA] merupakan sebuah institusi pendidikan berteraskan Tahfiz Akademik yang meletakkan Pentarbiahan sebagai tunjang utama. MTIAA berdaftar dibawah Jabatan Agama Islam Selangor dengan Kod Sekolah BZH3004.

RETREAT GURU 2023

Retreat Guru MTIAA 2023 telah bermula hari ini Selasa 27 Dis dan akan berakhir pada Khamis 29 Dis 2022 bertempat di Maahad AlAnsar. 

Retreat guru selama 3 hari ini dimulai dengan sesi Pengurusan Taqwim dan penyediaan kertas kerja bagi program yang telah ditaqwimkan bagi sesi persekolahan 2023/2024, sementara esok akan berlangsung mesyuarat penuh bersama tuan Pengetua. 

Pada hari terakhir, guru-guru akan melalui kursus LADAP Pedagogi Pendidikan siri 2 bersama Ahli Lembaga  Penasihat Pendidikan MTIAA Tuan Fazdi Harun selaku Pensyarah Jabatan Bahasa Arab. IPG Bangi. Selamat berjuang buat semua guru-guru.