MATAPELAJARAN PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH MELALUI TEKNIK AKRONIM “ASMAK“

admin
Last Update July 14, 2021
0 already enrolled

About This Course

Kajian ini dilaksanakan selepas peperiksaan percubaan Setara SPM 2011 bertujuan untuk menambah markah pelajar dalam matapelajaran Pendidikan Syariah Islamiah. Hasil kajian menunjukkan kelemahan pelajar dalam menjawab soalan bahagian usul fiqh yang menyebabkan mereka mendapat markah yang rendah dalam menjawab soalan peperiksaan Pendidikan Syariah Islamiah. Kajian dijalankan ke atas 17 orang pelajar tingkatan 5 Ibn Khaldun yang telah mendapat gred C,D dan E dalam peperiksaan tersebut. Kaedah “ASMAK” tertumpu kepada subtopik usul fiqh iaitu AM dan Takhsis(Topik 1:Am) dan (topic 2: Takhsis). Berdasarkan isu kajian, Akronim ASMAK diperkenalkan kepada pelajar untuk menyusun maklumat dan seterusnya memudahkan pelajar memahami proses mengeluarkan hukum melalui lafaz am dan lafaz takhsis. Hasil kajian menunjukkan Akronim ASMAK sangat berkesan dalam
meningkatkan kefahaman pelajar terhadap proses mengeluarkan hukum. Pencapaian baik pelajar dalam ujian pos yang dijalankan menunjukkan keberkesanan Akronim dan teknik modul yang diguna.

Curriculum

Kajian Akademik Matapelajaran Pendidikan Syariah

Your Instructors

admin

Administrator

4.94/5
8 Courses
18 Reviews
0 Students
See more

Write a review

Want to receive push notifications for all major on-site activities?