Blog

Peperiksaan SPM 2021 dilaksanakan pada 2022- Dr Radzi

sijil spm
Khabar SPM 2021

Peperiksaan SPM 2021 dilaksanakan pada 2022- Dr Radzi

Putrajaya: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan diadakan pada tahun depan, demikian umum Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin hari ini.

Beliau berkata, ujian lisan dan amali sains bagi SPM 2021 akan diadakan pada Februari 2022 manakala peperiksaan bertulis pada Mac 2022.

Radzi berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) membuat keputusan itu selepas mengambil kira keadaan semasa dan cabaran yang perlu dilalui oleh calon SPM 2021.

“Pengalaman KPM mengurus SPM 2020 membolehkan kita menganjak tempoh atau tarikh peperiksaan 2021 ke 2022 dan yakin segala proses berkaitan dengan SPM 2021 akan berjalan lancar seperti yang dilaksanakan pada SPM 2020,” katanya pada sidang media secara maya mengenai pengoperasian sekolah.

Leave your thought here

Your email address will not be published. Required fields are marked *