Langkau ke kandungan
PORTAL RASMI MAAHAD TARBIAH ISLAMIAH ALANSARJAIS · BZH3004
MAAHAD TARBIAH ISLAMIAH ALANSARPendidikan • Tarbiah • Tahfiz
MENGENAI MTIAA · HALA TUJU INSTITUSI

Falsafah, Visi, Misi & Moto

Asas pentarbiahan dan hala tuju pendidikan Maahad Tarbiah Islamiah Al-Ansar.

FALSAFAH MTIAA

Pentarbiahan Islam bersepadu

Pentarbiyahan MTIAA merupakan satu usaha bersepadu dan berterusan ke arah melahirkan generasi Islam yang unggul dari aspek syakhsiyyah, ilmu dan amalan yang bertunjangkan Islam, Iman dan Ihsan.

Falsafah ini menjadikan Allah sebagai matlamat, Rasulullah sebagai pemimpin dan Al-Quran sebagai perundangan, di samping mengambil kira potensi dan bakat pelajar untuk membentuk peribadi unggul yang mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian.

VISI

Memartabatkan pentarbiahan Islam

Memartabatkan pentarbiyahan Islam secara holistik sebagai elemen terpenting khususnya di Malaysia.

MOTO

Berilmu, Beriman, Ihsan

Tiga nilai teras yang membimbing pembentukan ilmu, penghayatan iman dan pengamalan ihsan.

MISI

Meningkatkan kualiti pentarbiahan

Meningkatkan kualiti pentarbiyahan (pengajaran, pembelajaran, pendidikan dan bimbingan) serta pentadbiran bagi menjadikan MTIAA sebagai pilihan di Selangor, Lembah Kelang dan Malaysia amnya.

Mengangkat martabat pendidikan Islam dalam setiap lapisan masyarakat yang memerlukan pembelaan, khususnya anak yatim serta golongan fakir miskin.

Rujukan: Profil Rasmi MTIAA, halaman 4–5. Kandungan disusun semula untuk paparan web; bukan transkripsi penuh dokumen asal.