Pentarbiahan MTIAA merupakan satu usaha bersepadu dan berterusan ke arah melahirkan generasi Islam yang unggul dari aspek sahsiah, ilmu dan amalan yang bertunjangkan kepada ISLAM, IMAN DAN IHSAN yang menjadikan ALLAH sebagai MATLAMAT, RASULULLAH sebagai PEMIMPIN, AL-QURAN sebagai PERUNDANGAN, JIHAD sebagai JALAN dan SYAHID sebagai cita-cita yang sentiasa diimpikan.
Mengambil kira potensi dan bakat yang sedia ada ke arah membentuk peribadi unggul pelajar. Ini bertujuan mempersiapkan diri mereka sebagai umat yang mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian supaya diredhai oleh Allah SWT di dunia dan di akhirat.
At Ta’lim
Penyampaian ilmu berdasarkan kepada ketetapan konsep.
At Tadrib
Mengadakan latihan yang boleh membiasakan diri dengan amalan yang tetap dengan kehendak ilmu.
At Ta’dib
Pembentukan peribadi yang tinggi menerusi tindakan yang berkesan.
Al Irsyad
Muallim Muallimah yang berpengalaman memberikan tunjuk ajar dan didikan mengikut bidang tertentu.