Maahad Tarbiah Islamiah Al-Ansar (MTIAA) dengan penuh rasa kesyukuran menjemput orang ramai untuk bersama-sama merebut peluang pahala melalui Tajaan Majlis Berbuka Puasa MTIAA 2026/1447H sempena bulan Ramadan yang mulia.
Program ini dianjurkan bagi menyediakan tajaan bersahur, berbuka puasa dan moreh kepada para pelajar serta guru-guru Maahad Tarbiah Islamiah Al-Ansar. Inisiatif ini bukan sahaja meringankan beban pengurusan sekolah, malah menjadi medan amal jariah yang berterusan pahalanya.
Butiran Tajaan
- Kos tajaan sehari: RM950
- Bilangan penerima: 200 orang pelajar & guru

Para penaja juga dijemput bagi menyertai majlis tahlil secara atas talian sebagai tanda penghargaan dan kesyukuran atas sumbangan yang diberikan.
Saluran Sumbangan
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:
Sekolah Agama Rakyat Al-Ansar
Maybank: 5621 3300 1336
Hubungi Kami
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
📞 010-557 2831 (Ustzh. Hafizah)
“Semoga Ramadan ini bukanlah Ramadan yang terakhir untuk kita bersedekah.”
Ayuh bersama menyumbang demi melahirkan generasi berilmu, beriman dan bermartabat.